19 November 2008

Untuk renungan bersama.

Semoga kita mendapat menafaat.Ali bin Abi Thalib r.a, meriwayatkan daripada Rasulullah SAW bahawa beliau bersabda;
Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka, iaitu:
1.Apabila (Maghnam) harta milik umum atau negara hanya berkisar di kalangan elit tertentu
2. Apabila (aset) amanah dijadikan sebagai habuan diri (ghanimah)
3. Zakat dianggap sebagai beban hutang (diperniagakan)
4. (Kehendak) suami dikuasai oleh kehendak isteri (Queen Control)
5. Anak menderhakai ibunya
6. Tapi ia berbaik-baik (patuh) dengan (kehendak) kawannya
7. Ayahnya (pula) disingkir jauh
8. Rioh rendah dan kecoh di dalam masjid (atas sebab dunia)
9. Yang menjadi ketua sesuatu bangsa adalah orang yang fasiq (jahat dan derhaka kepada Allah)10. Seseorang dimuliakan kerana (hendak menghindari) kejahatannya
11. Arak menjadi minuman lumrah
12. Sutera menjadi pakaian (golongan lelaki)
13. Golongan artis (biduan) disanjung-sanjung
14. Manakala muzik menjadi budaya pujaan
15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat dan Ulama)

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah (radioaktif dan gas beracun?) atau gempa bumi, tanah jerlus, manusia bertukar sifat (menjadi binatang) ..Dalam hadith riwayat Abu Hurairah mengenai hal ini terdapat tambahan seperti berikut..."dan (Qazafan) tembakan, lontaran (bom?)serta tanda-tanda lain yang datang secara berturut-turut bagaikan butir manik yang terputus benangnya dan jatuh bertubi-tubi satu lepas satu�.(Hadith riwayat Tirmizi) "
"ISLAM FOR ALL"

Petikan dr Islam Group : Islamic-ebook@yahoogroups.com

12 November 2008


Samad dan Husin merupakan sahabat karib. Kekariban mereka memang di luar batasan pemikiran manusia normal ibarat cubit peha kiri, peha kanan terasa geli. Hari demi hari berlaku sehinggalah pada suatu hari di mana kedua sahabat baik tersebut dengan seriusnya berbincang tentang perkahwinan.

Samad: Sin, aku dah buat keputusan muktamad. Aku nak kawin bulan depan.
Husin: Iyeke mad?kau biar betul?kau nak kawin dengan siapa nanti? Tak penah pulak aku nampak kau keluar dating dengan mana-mana perempuan. Sepanjang masa kau ada dengan aku je sampai orang kata kita macam belangkas..
Samad: Betul la sin, aku memang nak kawin. Sebab kau sahabat karib aku, maka aku bagitahu kau dulu. Aku nak kawin dengan Leha, anak mak Salmah kat hujung kampung tu. Kali pertama aku pandang wajahnya aku sudah jatuh hati..
Husin: Leha? boleh tahan jugak citarasa kau ye. Gadis paling cantik dalam kampung kita jugak jadi pilihan hati kau..
Samad: Aku pun ada hati dan perasaan jugak sin. Hendak jugak... (sebelum sempat Samad menghabiskan ayat terakhir kepala beliau dengan deras telah ditempeleng dari belakang sehingga menyebabkan beliau bengong seketika)
5 saat kemudian...
Bapak Samad: Bertuah punya anak, baru seminggu masuk darjah satu dah sibuk pikir pasal kawin! Hah, mana rokok yang aku suruh kau beli tuh?!
Samad: Err..sori bapak. Lupa daratan sekejap..hehe
*petikan aku ambik kat jenakagroup.

04 November 2008

Betul ker Tak yer??

Assalamualaikum wbk.. Ini cerita pengalaman seorang hamba Allah di kampung aku la. Recently seorang hamba Allah di kampung aku ni dapat offer masuk KFC/Pizza Hut management trainee. Lepas buat medical checkup, etc, maka berangkatlah dia ke KFC training center kat Kelana Jaya. Khabarnya dia diberi penginapan kat Sentul. So tiap2 hari kenalah dia berulang ke Kelana Jaya untuk training session dia.
Sepanjang waktu latihan, beliau diberi subsidi makan dan uniform serta penginapan percuma. Selepas beberapa bulan, satu hari dia ke kilang para pelanggan KFC. Di kilang inilah dia tengok sesuatu yang meragukan. Diperhatikannya ayam2 tu disembelih oleh tiga orang penyembelih dan dua daripadanya ialah perempuan. Perempuan sembelih ayam? Hmmm....macamana tu?.. Bukannya keadaan tengah darurat pun…
Kemudian diperhatikannya pula ayam2 (dari kotak tetapi ada seekor dua yang tak bergerak langsung dan tak nampak aktif. Maka ditanya pada orang yang menggantung ayam tentang ayam2 tersebut. Pekerja tu memberitahu bahawa adakalanya ayam2 itu mati dalam perjalanan kerana kesejukan sewaktu perjalanan waktu malam atau keadaan sesak di dalam kotak plastik itu sendiri. Sudah Mati, ianya masih digantung untuk masuk ke ruang penyembelihan. Ayam yang sudah mati disembelih? Bangkai? Disembelih? Halal? Sekali lagi, hmmm....macamana tu?
Akibat daripada timbulnya rasa was2 yang berat, hamba Allah ini telah mengambil keputusan untuk berhenti menjalani latihan dan sekaligus menamatkan perkhidmatannya dengan KFC. Maka pulanglah hamba Allah kita dapat tengok anggota yang menjadi ahli dalam menguruskan soal halalnya makanan yang dijual dan bagaimana badan ini memastikan semua hidangan di KFC dan Pizza jikalau cerita hamba Allah ni salah. Kalau betul, maknanya tanda ditanggung halal di premis KFC dan Pizza Hut boleh dianggap palsu dan hanya untuk menarik pelanggan beragama Islam.
Ada seorang ustaz menceritakan bahawa seorang saudaranya dapat kerja sebagai penyembelih diKFC. Tak sampai seminggu dia resign kerana tak sanggup menanggung dosa bagi orang makan bangkai. Ayam yang terikat seperti diatas berpusing boleh tahan lajunya ( kerana nak sembelih banyak ) dia hanya sempat sebut " bis " saja untuk setiap ekor yg disembelih, lepas tu rendam, matilah ayam tu dalam kelemasan. **Setiap apa yg kita makan akan menjadi darah daging, sepotong hadis nabi menyebut, mafhumnya, " setiap daging dari sumber yg haram akan menjadi makanan api neraka " .
MAKA BERHATI - HATILAH DGN APA YG KITA MAKAN SEMOGA KITA TERSELAMAT DARI API NERAKA YG MAHA DAHSYAT.
Wassalam.
(Petikkan email dari warga Islamic e-book)