19 Oktober 2008

Open House

Aku tak pernah terfikr nak buat open house. Malas, penat, takut, emmm, macam-macam lah. Yer lah, nanti aku dah beriya iya masak tak de orang datang plak. Ha, kan dah frust... Nak pk masak aper, buat aper, banyak mana........
Tapi tahun nie tetiba jer aku rasa nak buat plak. So, aku pun rancang la ngan suami + kakak aku. Kitaorang pun buat la malam. Sti letih kan. Tapi seronok sebab ada gak orang datang umah aku walau pun tak semua yang aku jemput datang. Hehehe, tak per lah, yang penting makanan tu habis gak walaupun malam tu hujang lebat mencurah-curah turun. Kurang-kurang lama gak lah dia orang kat umah aku sebab tak leh balik, hujan. Kalau tak hujan mesti dah nak balik. Bila g nak kumpul kekawan reramia nie. Setakat jumpa kat opis jer. Macam mana nak kenal keluarga diaorang kan.
Apa pun kepada kekawan yang sempat datang tu aku ucap TERIMA KASIH bebanyak lah sebab sudi datang umah aku. Nantia da kesempata aku plak datang raya umah korang yer. So, nak akhir dahh nie, rasanya tak terlambat nak ucap TERIMA KASIH kat keluarga dan kekewan semua yang bagi support. SELAMAT HARI RAYA ............

05 Oktober 2008

KERJA KERJA KERJA

Emm, hari pertama kerja lepas raya nie bosan la pulak. Malas pun ada. Yer lah dah lama bercuti, Orang pun tak berapa ada lagi. Ramai yang masih bercuti kat kampung. Kat opis pun lengang, jalan pun lengang, parking?, lagi lengang... rasa bosan plak gi kerja time.

Raya tahun nie cam kurang best. yer lah cerita kat TV tu lagi seronok kalau nak dibandingkan ngan keluar beraya. Aper pun tahun nie aku dah abis beraya umah saudara. Awal dari tahun-tahun lepas.

Badan pun dah naik lepas raya nie. Naper yer? Nak kata makan banyak tak juga. Posa sebulan tu cam posa seminggu jer rasanya, kejapjer masa berjalan. Yang paling seronok bila tengok anak-anak dapat duit raya... Wah, seronok nye, teringat masa kecil dulu, Dapat duit raya. tapi dulu 50sen pun dah ckup besar. Sekarang nie, kurang-kurang RM1 dah tentu. Hey, DUIT DUIT....Aper pun aku nak ucap la SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN....... Maafkan segala salah dan silap, terkasar bahasa, terlepas kata........