04 November 2008

Betul ker Tak yer??

Assalamualaikum wbk.. Ini cerita pengalaman seorang hamba Allah di kampung aku la. Recently seorang hamba Allah di kampung aku ni dapat offer masuk KFC/Pizza Hut management trainee. Lepas buat medical checkup, etc, maka berangkatlah dia ke KFC training center kat Kelana Jaya. Khabarnya dia diberi penginapan kat Sentul. So tiap2 hari kenalah dia berulang ke Kelana Jaya untuk training session dia.
Sepanjang waktu latihan, beliau diberi subsidi makan dan uniform serta penginapan percuma. Selepas beberapa bulan, satu hari dia ke kilang para pelanggan KFC. Di kilang inilah dia tengok sesuatu yang meragukan. Diperhatikannya ayam2 tu disembelih oleh tiga orang penyembelih dan dua daripadanya ialah perempuan. Perempuan sembelih ayam? Hmmm....macamana tu?.. Bukannya keadaan tengah darurat pun…
Kemudian diperhatikannya pula ayam2 (dari kotak tetapi ada seekor dua yang tak bergerak langsung dan tak nampak aktif. Maka ditanya pada orang yang menggantung ayam tentang ayam2 tersebut. Pekerja tu memberitahu bahawa adakalanya ayam2 itu mati dalam perjalanan kerana kesejukan sewaktu perjalanan waktu malam atau keadaan sesak di dalam kotak plastik itu sendiri. Sudah Mati, ianya masih digantung untuk masuk ke ruang penyembelihan. Ayam yang sudah mati disembelih? Bangkai? Disembelih? Halal? Sekali lagi, hmmm....macamana tu?
Akibat daripada timbulnya rasa was2 yang berat, hamba Allah ini telah mengambil keputusan untuk berhenti menjalani latihan dan sekaligus menamatkan perkhidmatannya dengan KFC. Maka pulanglah hamba Allah kita dapat tengok anggota yang menjadi ahli dalam menguruskan soal halalnya makanan yang dijual dan bagaimana badan ini memastikan semua hidangan di KFC dan Pizza jikalau cerita hamba Allah ni salah. Kalau betul, maknanya tanda ditanggung halal di premis KFC dan Pizza Hut boleh dianggap palsu dan hanya untuk menarik pelanggan beragama Islam.
Ada seorang ustaz menceritakan bahawa seorang saudaranya dapat kerja sebagai penyembelih diKFC. Tak sampai seminggu dia resign kerana tak sanggup menanggung dosa bagi orang makan bangkai. Ayam yang terikat seperti diatas berpusing boleh tahan lajunya ( kerana nak sembelih banyak ) dia hanya sempat sebut " bis " saja untuk setiap ekor yg disembelih, lepas tu rendam, matilah ayam tu dalam kelemasan. **Setiap apa yg kita makan akan menjadi darah daging, sepotong hadis nabi menyebut, mafhumnya, " setiap daging dari sumber yg haram akan menjadi makanan api neraka " .
MAKA BERHATI - HATILAH DGN APA YG KITA MAKAN SEMOGA KITA TERSELAMAT DARI API NERAKA YG MAHA DAHSYAT.
Wassalam.
(Petikkan email dari warga Islamic e-book)

Tiada ulasan: